Friday, 18 July 2014

Lailatul Qadr

Assalamualaikum

Waktu inilah, manusia-manusia menjadi liar mencari petanda. Di sepertiga malam, semua melihat alam. Mencari pokok yang terbongkok. Melihat samada air membeku. Merasakan angin pagi yang sayu. Dan banyak lagi. Inilah dia perangai manusia. Ya saya faham kita nak sangat malam lailatul qadr tu. Tapi jangan taksub wahai manusia. Allah menyuruh kita berusaha bersungguh-sungguh dan beribadat dengan ikhlas pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan, dan salah satu malam sahaja yang ada lailatul qadr. Apabila ada manusia2 yang taksub ni. Mungkin ada dua outcome:

1) Berhenti berusaha
  • Contoh situasi ialah apabila si X bersungguh sungguh mengatakan bahawa dia yakin bahawa malam semalam ialah malam lailatul qadr kerana dia merasakan sejuk yang nyaman. Seperti seorang penjaja dia akan menjaja keyakinannya kepada orang lain. Lalu dia, dan orang lain sangat percaya dengan kenyataan X. Maka semuanya berhenti berusaha untuk mengecapi lailatul qadr padahal Ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari. Hal ini kerana orang yang sempat bangun malam merasa yakin dirinya sudah mendapat lailatul qadr, dan yang tidak sempat bangun malam itu terus merasakan dirinya sudah tidak ada peluang lagi. Hmm.. lawak la brader. Keep on working on it lah!
2) Gaduh
  • Hah ni memang selalu. Adik-adik yang sekolah rendah dan lower form terutamanya. Adik ni cakap semalam, adik ni cakap dua hari lepas, adik ni cakap belum lagi, adik tu cakap ayah dia cakap hari yang tunggal je ada lailatul qadr. Sudah2 la adik-adik, less talk and put more action into it. Usaha je, ya boleh cari la tanda-tanda lailatul qadr tetapi jangan taksub.

Semua dah tertulis dan tinggal usaha kita je. Sama ada kita dapat lailatul qadr atau tak, itu semua bergantung pada usaha kita. Rasa susah? Allah dah cukup percaya pada kita untuk membenarkan kita hidup lagi dalam bulan Ramadhan ni jadi kita kena percaya dengan diri sendiri untuk melakukan ibadah yang kita mampau. Don’t complicate this; perform ibadah according to YOUR own pace. He understands.

No comments:

Post a Comment

Interaction from you guys makes me happy :)