Friday, 18 September 2015

Allah cakap iqra'

Assalamualaikum,


picture by yours sincerely :)

Masalah orang Melayu ialah tidak membaca. Bukan semua Melayu, sebahagian Melayu maksud saya. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga tak begitu kawan-kawan?

Perlembagaan kata syarat menjadi Melayu ni haruslah Islam, bercakap bahasa Melayu, mengamalkan adat2 Melayu maka jadilah Melayu dan dapatlah hak hak istimewa Melayu di Malaysia. Tapi jom fokus pada Islam. Apabila bercakap tentang Islam, maka terlintas di fikiran anak-anak Melayu bertudung labuh, solat lima waktu, janggut, dan tasbih. Salahkah? Eh tidak salah, malah bagus, tapi… ada tapinya, tapi kecil sekali skopnya. Kenapa jadi begini? Sebab Melayu tidak membaca.

Ayat pertama Allah turunkan kepada baginda melalui malaikat Jibrail apa? Ya saudara saudari, iqra’ kata Allah. Iqra’, bacalah! Allah tidak bilang lelaki baca, ataupun perempuan baca, Allah bilang baca. Jadi siapa harus baca? Ya semua manusia lah harus membaca. 

Nak baca apa? Eh baca lah apa apa pun asalkan pandai menapis ilmu yang baik yang ilmu yang kurang baik.   Baca al-Quran juga sangat bagus, cubalah cari tafsir2 yang best. Saya suggest tafsir fi zilail al-Quran, free boleh download pdf ada macam macam bahasa. Tetapi apa masalah Melayu? Ya tidak membaca. 

Apa jadi bila tidak membaca? Jadi ignorant ye kawan-kawan. Jadi tidak sedar dunia ini macam mana. Jadi tidak tahu bahawa core ataupun asas Islam ialah berkasih sayang. Kebanyakan Melayu merasakan Islam ini ialah rules rules rules maka jadi kita ajar apa kat orang-orang kita? Oh buat ni masuk neraka buat itu masuk neraka. Neraka aje kerjanya. Apa jadi pada Allah Maha Pengasih? Apa jadi pada Allah Maha Pengampun? Kita ajar tu ke tidak pada adik beradik saudara saudari kita? Tak. Jadi bila ada masalah kita selesaikan dengan apa? Ya dengan emosi dan bukan dengan ilmuuuu. Kenapa? Sebab Melayu tidak membaca.

Apabila ada kawan-kawan atau keluarga yang homoseksual kita buat apa? Kita layan dia macam binatang. Bila ada kawan-kawan atau keluarga yang ada mental disorder kita buat apa? Kita cakap dia gila. Mental disorder ada banyak kawan-kawan tapi Melayu tahu ke tidak? Tak sebab Melayu tak membaca. 

Bila ada menteri cakap dia racist dan racism itu justififed dalam Islam maka apa masalah dia? Dia tidak membaca. Tolong jangan percaya kata-kata tak rasional sebegitu, doakan dia rajin membaca. 

Jadi faham ke tidak apa saya tulis ni? Tak sebab kenapa sebab Melayu tak membaca. 

Hidup ini terlalu pendek untuk berbual bual kosong, maka bacalah. At least lawak jenaka kita nanti pun berilmu. 

No comments:

Post a Comment

Interaction from you guys makes me happy :)